Pengenalan

Di awal penubuhan Darul Hadis (DH), ia merupakan sebuah kumpulan diskusi yang ditubuhkan oleh mahasiswa-mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah, Jordan. Pada Oktober 2011, Darul Hadis secara rasminya diisytiharkan sebagai sebuah badan ilmiah di Mu’tah. Diserapkan di bawah pengurusan unit al-Quran & al-Hadis (QurDi), Biro Bimbingan Rohani, PERMATA pada 2011.

Sehingga kini Darul Hadis telah mempunyai lebih kurang seramai 40 orang ahli. Objektif penubuhan Darul Hadis adalah:

1. Menyuntik semangat mahasiswa/mahasiswi Mu’tah khususnya untuk mendalami dan mencintai hadis Nabi s.a.w.
2. Memartabatkan ilmu-ilmu Islam dan perlaksanaannya.
3. Mendidik dan mengajar setiap Muslim agar mengamalkan ajaran Islam berpaksikan dalil yang tepat dan sahih.

Pada 17 Mei 2012, hasil perbincangan bersama Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu’tah (PERMATA), Darul Hadis dinaikkan taraf dengan diletakkan di bawah pantauan presiden PERMATA. Diserapkan bersama Darul Ifta, Darul Hadis kini berperanan sebagai sebuah institusi latihan & penyelidikan.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di bawah pengurusan DH adalah:

1. Kelas tafaquh bersama Dr. Masyhur Qutaysyat (Hadis) & Dr. Hammad Azzam (Fiqh).
2. Diskusi Ilmu setiap hari Isnin selepas Maghrib. Sehingga kini terdapat 10 tajuk telah didiskusikan.
3. Asasi Darul Hadis.
4. Program-program ilmiah seperti forum, diskusi, pembentangan kertas kerja dan  sebagainya.  

Semoga Darul Hadis dapat menjalankan peranannya dengan baik dalam usaha untuk menyuburkan bi’ah ilmiah di bumi Mu’tah khususnya.

Wallahu'alam... 

[BERSAMA MEMAHAMI AL-QURAN & AL-SUNNAH]